Monday, February 7, 2011

Novel : Disaat Cinta Berbisik (2)

Bab 2

   Motor kesayangan Syakila diletakkan di tempa letak motosikal yang tidak jauh dari kelasnya.Jam menunjukkan pukul 1 petang yang pasti kelasnya masih belum bermula lagi.Syakila berjalan malas ke kafeteria. hajatnya cuma satu , melepak sambil minum nescafe ais.
  "Kay!"satu suara menyapa Syakila,dengan sepantas kilat Syakila menoleh dengan senyuman.
  "Hoi , Zack!" sapa Syakila kepada teman rapatnya atau lebih manis Zulaikha.

  Syakila dan Zulaikha berkenalan sejak tingkatan satu.Sejak dari itulah Syakila lebih senang orang memanggilnya Kay kerana sikap tomboy Syakilalah telah menemukan dia dengan Zack atau Zulaikha dan seorang lagi teman rapat mereka Am atau lebih tepat Amran.Mereka sangat rapat segalanya bersama.Sehinggakan ada yang menggelar mereka  beradik kerana mereka bertiga tidak perah berenggang.

   "Kay jom petang ni lepak kat tempat biasa.Am kata dah lama tak lepak sama pekena mee hailam sedap gak."kata Zulaikha sebaik sahaja mereka tiba di Kafetaria.
   "Malaslah.aku tak ade mood lah."
   "Beb ko nape?sejak dua tiga hari ni asyik malas nak lepak dengan kkitaorng aje.Kau ada masalah ke?"
   "Mana ada. Aku just malas aje.Lagi pun hari ni hari khamis malam jumaat."
   "So apa kena mengena hari khamis malam jumaat dengan soal malas ko tu?"
   "Beb malam ni family aku kan selalu buat baca yasin bersama.Aku kene follow kalau tak mampus aku kena batai dengan bapak aku."
   "Iyalah aku lupa pulak.So kau tak nak lepak dengan Am la ni?
   "Tak aku kene balik awal."
   "Tapi selalunya kau okey je.Tak pula tergesa-gesa nak balik.Kenapa?"
   "Sebab hari ni mak aku kata dia nak buat tepug pelita so dia nak aku tolong dia."
   "Okey alasan yang boleh diterima. Tapi kalau kau nak balik awal sangat aku ada satu syarat yang kau kena laksanakan"
   "Syarat?Apa dia?" 'Jangan dia tanya pasal tu dahlah.'hati Syakila berkata.
   "Kau pergi mana semalam?"
'Fuhh,nasib dia tak tanya' jawab hati Syakila lega
.  "Aku lepak kat Daratan Putrajaya."
   "Kau pergi dengan sapa?Buat apa dekat sana?"
   "Aku pergi soranglah.Aku duduk saja-saja sambil tengok orang lalu lalang pastu aku tengok seni bina kat sana."
   "Sebab itulah kau tak lepak dengan kitaorang dekat port biasa iya?"
   "Yup."
   "Kenapa kau tak nak lepak dengan kitaorang lagi?Especialy Am kan?"
'Perlu ke aku cakap yang aku tak nak tengok muka Am lepas dia propose aku jadi awek dia last week Zack?Karang kau makan hati dengan aku pula.Tak pasal-pasal putus kawan.Tak nak aku.'Hanya hati sahaja boleh berkata saat ini.Mulut Syakila terkunci rapat.Saat ni Syakila mencari alasan untuk lari.Jam Syakila bedetik ke pukul 1.40 petang.
'Yes ada can nak lari ni.'kata hatinya lagi.
   "Zack aku kene gerak dulu ni.Dah lambat ni,karang habis aku kena ceramah free dengan santa clous tu.Okey bye"

  Tanpa berlengah Syakila terus angkat kaki meninggalkan Zack.

  "Oit aku belum habis cakap lagilah.Kau tak cirita lagi!" teriak Zack
  "Hurm..Kay ko ni tak pernah berubah"monolog Zack sendiri.

No comments:

Post a Comment