Sunday, February 6, 2011

Novel : Disaat Cinta Berbisik (1)

Bab 1

   Syakila membuka mata dengan perlahan. Mentari yang semakin terang menyilau memasuku jendela bilik tidurnya. Pukul 10 pagi. Yang pasti dia masih berbaki empat jam untuk ke kelas. Yang menjadi persoalan kenapa mama tidak mengejutnya bangun subuh dan dia semakin hairan apabila tiada suara menjerit-jeri meminta dia bangun. Persoaln itu dibiarkan sahaja bermain di fikirannya.

   Syakila bangkit dari tempat tidurnya dengan perlahan-lahan. Sebelum ke kamar mandi dia mengemaskan katilnya dengan rapi. Setelah selesai memanjakan diri di kamar mandi dia terus mengenakan baju kebangsaannya seluar jeans lusuh dan baju t-shirt serta baju kemeja kota-kotak. Syakila tidak pernah lupa untuk menutup aurat,tudung dipakai dengan seringkas yang boleh. Hanya 1 pin tudung sudah memadai untuknya.

   Anak tangga dipijak lambat-lambat kerana Syakila masih awal untuk ke kelas. Syakila kini berusia 23 tahun dan masih menuntut di Politeknik Shah Alam. Kini dia berada di tahun akhir.

"Morning Princess , lambat bangun sayang?" sapa mama dengan senyuman sambil tangan mama masih ligat membetulkan tudung.
"Mama nikan, angah dah cakap jangan panggil angah princess lagilah. Angah tak sukalah nama tu. By the way morning mama."rungut Syakila
"Kenapa pula ni,pagi-pagi dah bad mood?"
"Mamalah , pagi-pagi dah panggil princess. Malulah mama, angah dah besar tau.Dah ada dua orang adik dah. Yang patut mama panggil princess 'Syazila' bukan Syakila."sengaja nama adiknya ditekankan.
"Iyalah angah. Tapi sampai bila kamu nak bawa imej baju kota-kotak macam ni. Kamu tu perempuan bukannya lelaki. Cubalah pakai baju kurung ke blaus ke gaun ke kan manis tu."
"Mama...Kalau angah pakai macam gadis melayu terakhir alamatnya tak jalanlah kelas angah. Mama tahukan angah ambil bidang mekanik."
"Erm,kamu tu kalau kita tegur ada aje jawapannya."
"Ni mama lawa-lawa nak pergi mana?"
"Mama nak pergi rumah Mak cik Senah, nak ajar dia buat kuih tepung pelita. Kenapa nak ikut ke?"
"Setakat kuih tepung pelita angah dah lulus dah buat. Angah ada kelaslah petang ni mama. Sorry iya tak boleh nak ikut."
"Iyalah,kalau angah nak keluar kejab lagi kunci semua pintu dengan tingkap.Sebelum mama lupa,sarapan dah siap dekat atas meja.Okey!"
   Puan Suzana menghulukan tangan lalu pantas Syakila menyalami mamanya dan pipi gebu Syakila dikucup seperti biasa. Tidak lupa juga perlukan mesra antara ibu dan anak.
"Okey bye sayang.Jangan lupa tutup semua pintu dengan tingkap kunci tau!"
"Bye mama. Angah ingatlah mama"

'Mama ni pergi rumah Mak Cik Senah pun nak melawa. Patutlah tak sempat kejut aku. Apa-apa ajelah,perut pun dah buat konsert rock ni. Apa lagi jalan-jalan cari makanlah.' bisik hati kecil Syakila

   Tangan Syakila pantas mencapai tudung saji dan diangkatnya. Haruman nasi goreng kampung menusuk kehidungnya. Tanpa melengahkan masa, pantas nasi goreng itu diceduk masuk ke pinggannya. Beselera sungguh Syakila menikmati masakan dari air tangan mamanya. Gelagat Syakila tidak ubah seperti orang yang sudah berhari-hari tidak makan.

   Usai makan,pinggan dibasuh seperti biasa,kerana sejak kecil lagi Syakila sudah dididik masuk ke dapur oleh mamanya. Setelah selesai beg galas disandangnya,kunci motor dicapainya dan tidak lupa tingkap ditutup rapat. Syakila terus melangkah keluar mencari kastnya di rak kasut. Tanpa melengahkan masa stokin dan kasut disarung padan pada kakinya. Pintu ditutup rapat dan dikunci kemas.. Syakila melompat naik ke motor kesayangannya dengan pantas suis dihidupkan sepantas kilat motornya bergerak laju ke destinasi yang ingin dituju.

No comments:

Post a Comment